Progress Donasi Kebutuhan Server — Your Donation Urgently Needed — هذا الموقع بحاجة ماسة إلى تبرعاتكم
Rp 1.500.000 dari target Rp 10.000.000
mati itu sudah dapat 'dihidupkan' orang dengan ilmu pengetahuan, sehingga mendatangkan hasil yang banyak, sebagai garam dan potash? Adapun bahagian yang subur itu, banyak juga hasil yang dapat dikeluarkannya. Beberapa orang ahli tumbuh-tumbuhan bangsa Barat sudah menyelidiki tumbuh-tumbuhan di sana. D. Forskal, Niebuher, Botta, Sehweinfurth dan A. Deflers, adalah nama ahli-ahli pengetahuan darihal tumbuh-tumbuhan yang telah menyelidiki khasiat dan ke- gunaan tumbuh-tumbuhan di Tanah Arab. 'Setengah dari hasil tanamannya ialah kopi dan korma. Keduanya boleh dikatakan hasil yang sangat dimuliakan dan menjadi mata pen- carian bangsa Arab, korma makanannya yang terutama, kopi dapat dikirimnya ke luar negeri, terutama di negeri Yaman, kopi yang dimasyhurkan Moca. Di zaman Kompeni Belanda melakukan sistem monopoli di tanah air kita ini, kopi Moca (kopi Arab) itu telah dicuba ditanam di negeri kita. Adapun korma itu tumbuh kebanyakan di daerah-daerah pe- dalaman sebagaimana di Hejaz, Najd dan Alhassa. Di Hejaz ditanam orang pohon balsem, iaitu semacam tumbuh-tumbuhan yang boleh diambil minyaknya dan dijadikan ubat gosok, baunya harum. Di sebelah utara ditanam orang assana iaitu semacam tumbuh-tumbuhan yang daunnya biasa diambil menjadi peluntur. Di tanah air kita disebut namanya 'Sana Maki' artinya sana yang tumbuh di negeri Makkah. Di tempat yang subur banyak ditanam orang bawang, buah tin, pisang, tebu, tembakau, kapas, gandum, kacang pol, kacang tendah, kacang hijau, kol, bunga mawar, yasmin, lada, narjas, lengkuas, sepedas, niknak (ruku-ruku), 2aitun, limau manis dan segala macam jeruk, pacar, lada hitam, serai, ubi, kucai dan lain-lain. Di musim memetik buah penduduk Makkah “digenangi" oleh makanan dan buah-buahan demikian, yang datang dari Wadi Fatimah, Tha'if dan lain-lain. Binatangnya ialah unta dan kuda. Dua macam itulah temak yang terpenting dihasilkan dari semenanjung Tanah Arab. Dari unta mereka mendapathasil yang amat besar, sebagai hasil pohon enau di kampung kita: dagingnya dimakan, kulitnya dijual, bulunya dijadikan benang, susunya diminum dan dia boleh pula memikul beban berat dari satu tempat ke tempat lain dalam perjalanan berpuluh hari. Binatang itu sabar, tahan dan kuat menahan lapar, haus dan panas. Kuda dapat diambil buat kenderaan, buat pencukupkan perlawanan perang,