umat Arab untuk mencapai menjadi suatu negara yang kuat, sehingga tatkala beliau wafat, boleh dikatakan Tanah Arab semuanya telah bersatu. 'Setelah melihat bagaimana besar perubahan yang timbul lantaran ajaran beliau hingga bangsa Arab yang memeluk agama Islam itu beroleh jiwa baru dan kemajuan yang pesat, kita masuk kepada fasal yang penting di dalam buku ini, iaitu menerangkan rahsia ajaran Nabi Muhammad s.a.w. dan intipati daripada agama Islam, sebagai suatu agama yang telah membangunkan suatu peradaban besar dan ke- budayaan tinggi yang tidak dapat dilalui begitu saja. Sebagai dimaklumi di dalam sejarah, peradaban dunia telah dimulai di tepi sungai Nil dan negeri-negeri yang lain di Timur: Ninive, Asyur, Mada'in dan Parsi, Tiongkok dan Hindustan. Kemudian me- nyeberang ke Eropah: terkenal zaman Yunani dan Rumawi. Se- ketika mulai muram cahaya peradaban itu, timbullah pula kembali sambungannya di Timur, itulah peradaban Islam. Dan dari peradaban Islam itu pula, ia menyeberang ke Andalusia, tanah Italia dan Perancis, yang kemudian menjadi pangkal dari peradaban baru sekarang ini. Setelah diterangkan intipati ajaran Islam itu, lalu kita iringi dengan pandangan, komentar dan kritik ahli-ahli penyelidik atas kehidupan Rasul besar Muhammad s.a.w. dan pengaruhnya atas fikiran-fikiran yang besar di dunia ini. Sampai di sini, kita habisi buku yang pertama, untuk dijadikan dasar fikiran dan cita-cita di dalam mencapai suatu negara yang bahagia dan mulia. Maka merasa berbahagialah pengarang jika ia telah dapat me- nyembahkan buku ini. Moga-moga riwayat kehidupan Nabi, serta saripati ajarannya menjadi siri tauladan bagi bangsaku yang baru bangun. Sungaibatang, Maninjau Julai 1949 — Ramadhan 1368. Jilid 11: Sekarang kita menyeberang kepada buku yang kedua. Akan ter- lihat bagaimana keempat orang sahabatnya yang utama: Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali menyambung usahanya, sampai seluruh Tanah Arab dapat dipersatukan. Dan kemudiannya telah menggoncangkan dan telah meruntuhkan kekuasaan bangsa Rumawi yang telah berurat berakar di Palestin dan Syam. Sesudah itu, dengan gagah