Loading...

Maktabah Reza Ervani




Judul Kitab : Sejarah Umat Islam- Detail Buku
Halaman Ke : 8
Jumlah yang dimuat : 20

perkasanya diruntuhkannya pula kemewahan Kerajaan Parsi. Dan terus lagi, dan terus lagi, sampai Mesir dapat dikuasai, dan terus lagi, terus lagi! Diteruskan oleh Daulat bani Umaiyah yang dapat meng: gantikan Keempat Khalifah itu. Dan pekerjaan bani Umaiyah 100 tahun', dilanjutkan oleh bani Abbas. Kelihatan puncak kemegahan tarikh Kerajaan Islam di Baghdad. Dengan membaca jilid I ini, tuan akan bertemu pula pertentangan politik yang mulai timbul, sejak Nabi meninggal, tentang cara mem- bentuk khalifah, sampai oleh Mu'awiyah dijadikan monarki. Anda akan menemui dalam jilid II ini, bagaimana menyeberang- kan Islam ke Semenanjung Iberia, tanah Sepanyol, Tarig bin Ziyad membawa Tauhid. Anda akan menemui Abdur Rahman Ad-Dakhil Iyang masuk) ke Sepanyol, mendirikan Kerajaan bani Umaiyah yang baru di sana, sesudah runtuh di Damsyik. Dan anda akan menemui bagaimana hebatnya Peperangan Salib. Riwayat Peperangan Salib akan menjadi intisari dari buku ini. Waktu itu naik bintang “Salahuddin Al-Ayyubi', dan “Nuruddin Zanki'. Membaca riwayat ini anda akan menemui bagaimana besar pengaruh Islam dan Tauhid, di dalam membentuk peribadi bangsa dan manusia. Dengan sedih pula anda akan membaca pengusiran kaum Muslimin dari Sepanyol, dan anda akan melihat bagaimana eratnya hubungan penjajahan Barat Kristian ke tanah-tanah Islam di awal abad ke-16, sebagai sambungan dendam tak sudah dari bangsa- bangsa Barat. Dalam pada itu, anda akan lihat perjuangan yang tidak habis- habisnya dan anda akan dapat mengambil kesimpulan: 'Telah banyak cubaan menimpa Islam. Kerapkali dia jatuh! Tetapi dia bangun kembali, dan tegak lagi dan berjalan lagi! Islam tidak akan mati!" Jakarta, Januari, 1951 Jilid II: Pada jilid yang ke-lIl ini, kita bicarakan pula perluasan agama Islam ke sebelah Timur dari tanah tempat mula lahimya (Tanah Arab), iaitu negeri-negeri Iran, Afghanistan sampai melalui pergunungan Hindukush dan menuruni daerah curam Khyber Pass yang terkenal, lalu masuk ke Anak Benua India. Masuknya Islam ke daerah-daerah itu telah membawa perkembangan sejarah yang gilang-gemilang dan


Beberapa bagian dari Terjemahan di-generate menggunakan Artificial Intelligence secara otomatis, dan belum melalui proses pengeditan

Untuk Teks dari Buku Berbahasa Indonesia atau Inggris, banyak bagian yang merupakan hasil OCR dan belum diedit


Belum ada terjemahan untuk halaman ini atau ada terjemahan yang kurang tepat ?