Loading...

Maktabah Reza Ervani

15%

Rp 1.500.000 dari target Rp 10.000.000



Judul Kitab : Sejarah Umat Islam - Detail Buku
Halaman Ke : 15
Jumlah yang dimuat : 20
« Sebelumnya Halaman 15 dari 20 Berikutnya » Daftar Isi
Arabic Original Text
Belum ada teks Arab untuk halaman ini.
Bahasa Indonesia Translation

Arab. Angin yang paling mereka benci, ialah angin samum, angin itu berhembus di musim panas, iaitu angin yang tadinya terkurung di antara bukit-bukit batu yang panas, sehingga menjadi amat panas pula. Kecuali di pantai-pantai Laut Merah dan pantai Teluk Parsi, maka udara Tanah Arab tidaklah jahat benar, penyakit pun tidak banyak. Penyakit yang ada di sana biasanya ialah demam kura, influenza dan kadang-kadang ada juga kolera. Pembahagian tanah menurut politik Pembagian tanah dan pemerintahannya berbagai macam pula, menurut peredaran politik dan pemerintahan. Dahulu kala, menurut keterangan ahli riwayat Diodore, Strabo dan Ptolemaeus, Tanah Arab itu terbahagi tiga bahagian. Bahagian pertama Tanah Arab yang banyak batu, iaitu sebahagian Sinai dan bahagian bukit-bukit yang memanjang di antara Palestin dan Laut Merah. Kedua Tanah Arab yang tandus, iaitu yang memanjang dari batas-batas Yaman sampai ke Furat. Dan terpisah dengan Tanah Arab yang berbatu-batu itu oleh lembah Ghur sebelah Timur. Ketiga ialah Tanah Arab yang subur, mengandungi bahagian selatan iaitu tanah Najd, Hejaz, Yaman dan Oman. Bangsa Arab sendiri membahagi jazirahnya kepada 5 bahagian. Abdul Munzir Hisyam bin Muhammad bin Saib dan Al-Hamdani berkata, bahwa Tanah Arab itu terbahagi lima, iaitu: Tihamah, Hejaz, Naid, Arudh dan Yaman. Tihamah dan disebut juga Ghur ialah tanah yang melintang arah dari pantai Laut Merah sampai ke kaki bukit barisan Suraat. Dinamai Tihamah karena sangat panasnya. Tihamah menurut bahasa Arab, dapat diartikan sangat panas. Dan dinamai juga Ghur, karena tanahnya rendah, jadi Ghur itu samalah dengan bahasa kita “gurun'. Hejaz, iaitu bukit barisan Suraat yang memanjang sejak dari hujung negeri Yaman sampai ke tepi dusun-dusun orang Badwi di Syam. Dinamai Hejaz, artinya penghambat, karena dia yang meng- hambat tanah rendah Tihamah dengan tanah tinggi Najd. Adapun Najd iaitu terletak bahagian sebelah jazirah Arab itu. Sebelah selatan dimulai dari hujung negeri Yaman, penghabisannya ialh di Samawah. Hujungnya sebelah timur ialah Tihamah dan pinggir tanah Irag. Dinamai Najd, artinya tinggi, karena dialah bahagian yang tertinggi. Najd itu terbahagi dua pula, pertama bahagian utara,


Beberapa bagian dari Terjemahan di-generate menggunakan Artificial Intelligence secara otomatis, dan belum melalui proses pengeditan

Untuk Teks dari Buku Berbahasa Indonesia atau Inggris, banyak bagian yang merupakan hasil OCR dan belum diedit


Belum ada terjemahan untuk halaman ini atau ada terjemahan yang kurang tepat ?

« Sebelumnya Halaman 15 dari 20 Berikutnya » Daftar Isi