Progress Donasi Kebutuhan Server — Your Donation Urgently Needed — هذا الموقع بحاجة ماسة إلى تبرعاتكم
Rp 1.500.000 dari target Rp 10.000.000
iaitu negeri Hail dan sekelilingnya dinamai Nojd Al-Hejaz.Kedua bahagian selatan iaitu negeri Arudh, dan dinamai Najd-Al-Yaman. Adapun yang bemama bahagian Arudh ialah negeri-negeri Yamamah dan Bahrein dan sekelilingnya. Termasuk juga sedikit bahagian Najd dan Ghur, karena dekat dari tepi laut, pada beberapa tempat tanahnya kerendahan. Dinamai Arudh, artinya terhampar, karena dia terhampar di antara Yaman, Najd dan Irag. Adapun Yaman, iaitu bahagian yang terletak di sebelah Najd sampai ke tepi pantai lautan Hindi, memanjang ke timur sampai ke batas Hadramaut dan Syihr dan Oman, termasuk juga sedikit hujung Naid dan Tihamah. Ahli-ahli ilmu bumi bangsa Eropah ada yang membahagi Tanah Arab kepada 8 bahagian. Menurut Houdas, iaitu: Hejaz, Yaman, Hadramaut, Maharah, Oman, Alhassa, Najd dan Syamr. Pada umumnya semenanjung Tanah Arab iaitu sebelum terjadi perang dunia pertama (1914-1918), adalah di bawah kekuasaan kerajaan Turki Bani Usman, tetapi menurut tradisi saja. Sebab pada hakikatnya yang benar-benar dapat dikuasainya seketika itu hanyalah Hejaz dan Yaman, tidak pula Aden, padahal Aden itu 'sepotong' dari Yaman. Di daerah pedalaman, hanya mendoakan khalifah-khalifah bani Usman di sidang Jumaat, selain dari itu tidak ada kuasanya. Tetapi negeri-negeri itu tetap dipegang oleh Sheikh atau Amimya masing-masing. Amir yang paling besar pada masa itu ialah di Najd. 'Setelah Hejaz memaklumkan perang kepada Turki dan berdiri di pihak Inggeris pada masa perang itu, maka Hejaz diakui kemerdekaannya pada Perjanjian Versailles, dan diakui Syarif Husain menjadi Rajanya. Tidak beberapa tahun dia memerintah, dia pun diperangi oleh Ibnu Saud dan negeri itu dikuasainya, lalu digabungkannyalah negeri Hejaz dan Najd diberinya namanya yang baru, iaitu 'Kerajaan Arabiah Saudiyah'. Lain dari itu ada beberapa kerajaan kecil-kecil, sebagai imam di Yaman, Asir (yang kemudian jatuh ke bawah kuasa Ibnu Saud juga), Hadramaut, Lahaj, Oman dan lain-lain yang sebahagian besar sekarang di bawah pengaruh Inggeris. Hasil bumi Tadi sudah kita nyatakan bahwa negeri itu terbahagi dua, yang subur dan yang kering, yang kering itu lebih luas sehingga sukar mengambil hasilnya, kecuali kalau ilmu pengetahuan kelak dapat memperbaiki itu, entah berapa tahun lagi. Bukanlah Laut Mati, yang