'BAHAGIAN PERTAMA KEADAAN TANAH ARAB
FASAL |
ILMU BUMI
Daerah Tanah Arab Daerah Tanah Arab atau jazirah Arab, atau Semenanjung Arabia itu, terletak di sebelah barat daya negeri Asia. Sebelah ke utara ber- watas ke negeri Palestin, perkampungan Badwi Syam, dan negeri Irag. Di sebelah timur berwatas ke Teluk Parsi, Teluk Oman. Ke selatan lautan Hindia dan Teluk Aden. Ke barat Selat Babul Mandab, Laut Merah dan Terusan Suez, tanah di antara Port Said dengan Aden itu panjangnya sampai 500 batu, dan di antara Babul Mandab dengan Rasul Hadd 1,300 batu. Antara Port Said sebelah selatan dengan sungai Furat 600 batu. Adapun luas Semenanjung Arabia itu sampai 1,200.000 batu persegi, atau 3,000,000 kilometer persegi. Ahli ilmu bumi R. Blanchard mengatakan sampai 1,480,000 batu persegi. Penduduknya pada masa ini adalah di antara 12 dengan 14 juta. Ahli-ahli bumi purbakala, baik dari bangsa Yunani atau bangsa Rumawi, atau bangsa Arab sendiri telah bertikai faham tentang me- nunjukkan batas-batas jazirah itu. Xenophon telah memasukkan sungai Furat dan sebahagian besar dari tanah Irag ke dalam watasnya. Ptolemaeus menyampaikan batasnya sampai ke Riggah. Bangsa Arab sendiri memasukkan Semenanjung Sinai, Palestin dan Suriah (Syria) ke dalam jazirahnya. Tetapi kalau yang kita maksud dengan jazirah Arab itu, iaitu negeri-negeri yang biasanya diduduki oleh bangsa Arab, maka akan jelaslah bahwasanya watas-watas tanah itu tidak dapat ditetapkan menurut satu ukuran, tetapi harus menurut per- kisaran dan pertukaran masa. Di zaman dahulu tempat-tempat yang didiami oleh bangsa Arab itu memanjang sampai ke tepi sungai Furat sebelah barat dan sampai pula ke tepi sungai Nil, sebab di zaman pemerintahan Raja-raja Firaun bangsa Arab itu menegakkan khemahnya juga di pinggir Sungai Nil sampai ke pinggir Lautan Merah. Bangsa Mesir sendiri mempunyai pandangan sejak zaman